Hassan Al Banna- Juara Sukan SMI 2010!! PDF Cetak E-mail

  

Image
Pasukan Hassan Al Banna

   Alhamdulillah, Temasya Sukan SMI bagi tahun 2010 telah berlansung dengan jayanya. Persaingan pada tahun ini sangat sengit memandangkan acara yang dipertandingkan hanya acara padang dan balapan. Masing-masing bertungkus lumus memenangkan pasukan masing-masing.  Acara kemuncak  di adakan pada 3 Mac 2010 di Stadium Mak Chili, Kemaman iaitu acara perbarisan dan acara balapan.

walaubagaimanapun, setiap persaingan sudah tentu ada kalah dan menang.

   Pasukan Hassan Al Banna ( biru ) yang diketuai oleh Saudara Akram Mustafa telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan bagi Temasya sukan tahun ini. Naib Johan pula disandang oleh Rumah Syed Qutb ( merah ) yang diketuai oleh Saudara Faiz Hafizuddin bin Hanipah. Tempat Ketiga pula jatuh kepada Pasukan Omar Mokhtar ( hijau ) yang diketuai oleh Saudara Azzrul bin Alauddin dan tempat keempat Pasukan Syeikh Ahmad Yassin ( kuning ) yang diketuai oleh Ahmad Haniff bin Halim Azmi.

Anugerah Olahragawan terbaik disandang oleh Saudara Akram Mustafa dan bagi kategori wanita jatuh kepada Saudari Murshidah.  

 
Bahang Sukan SMI mula terasa! PDF Cetak E-mail

  

Image
pelajar perempuan

    SMI akan mengadakan Hari Temasya sukan pada 3 Mac 2010 ini. Beberapa siri latihan disediakan bagi memastikan pelajar mendapat latihan secukupnya sebelum bersaing pada hari sebenar. Para pelajar bertungkus lumus melalui sesi latihan bagi merebut gelaran juara pada tahun ini. Terdapat empat buah rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Hassan Al Banna (biru), Omar Mokhtar (hijau), Syeikh Ahmad Yasin (kuning), dan Syed Qutb (merah). Acara yang terdekat yang akan berlangsung ialah acara Merentas Desa iaitu pada 25 Februari ini ( Khamis ).

 

 

 
Bendahara Juara!! PDF Cetak E-mail

Image
Bendahara

 

Alhamdulillah, pada 19 Februari baru-baru ini, Temasya Sukan SRI Al Amin Kemaman telah berlangsung dengan jayanya. Pada tahun ini, Pasukan Rumah Bendahara ( Merah) telah menjadi juara keseluruhan. Kemudian diikuti dengan Rumah Temenggung (biru) sebagai Naib Juara, Rumah Panglima ( kuning ) dan seterusnya Rumah Laksamana (hijau).. " Yang Menang Merendah Diri, Yang Kalah Usaha Lagi "

 
Advertisement