Utama arrow Profail arrow Pengenalan
Pengenalan PDF Cetak E-mail


                                                         SEJARAH PENUBUHAN SRI AL-AMIN KEMAMAN

 

Sekolah Rendah / Menengah Islam Al-Amin Kemaman adalah merupakan sebuah sekolah agama swasta yang dibangunkan oleh ahli-ahli Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( JIM ) dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sri Al-Amin Kemaman telah beroperasi sejak bulan Disember 1994 dengan bilangan pelajar perintis seramai 22 orang serta 3 orang tenaga pengajar. Jumlah semakin meningkat dari tahun ke tahun hasil kesedaran masyarakat tentang perlunya sistem pendidikan yang bersepadu untuk anak-anak mereka.

SMI Al-Amin Kemaman pula telah mula beroperasi pada awal tahun 2001 sebagai kesinambungan terhadap pendidikan anak-anak di peringkat menengah, sebagai perancangan jangka masa panjang, SMI Al-Amin Kemaman turut menawarkan sistem Tahfiz Al-Quran kepada para pelajar yang berkelayakan.

SRISMI Al-Amin Kemaman telah mencatatkan prestasi yang memberansangkan samada dari segi kecemerlangan akademik serta sahsiah para pelajarnya. Pencapaian cemerlang di peringkat UPSR dan PMR telah berjaya menempatkan SRISMI Al-Amin Kemaman sebagai salah sebuah sekolah terbaik di negeri Terengganu Darul Iman khususnya dan Malaysia amnya.

Hala tuju dan operasi SRISMI Al-Amin Kemaman dipantau oleh Lembaga Pengelola SRIAAK yang terdiri daripada kalangan profesional yang berpengalaman didalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pengurusan serta teknikal.

SRISMI Al-Amin Kemaman juga merupakan sebahagian dari rangkaian sekolah-sekolah rendah & menengah Islam seluruh Malaysia dibawah seliaan Pusat Pendidikan SRI / SMI Berhad ( MUSLEH ) serta Majlis Guru Besar SRI / SMI Semalaysia ( MGBSIM )

 
Advertisement

Info Al-Amin

MPP SMI Al Amin Kemaman kembali berwajah baru bersempena tahun 2010. layari http://www.mppsmiaak.co.cc sekarang!!
 

Kalendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Sembang Siber

Mesej Terbaru: 0 minit yang lalu

Emosi?

Pengunjung Web

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini210
mod_vvisit_counterMinggu ini210
mod_vvisit_counterKeseluruhan47111