| LAPORAN PERKHEMAHAN INTERNASIONAL 2009 (PRINT09) - SMI |
|
|
|
|
Tempat : Kawasan Rekreasi The Woods, Ulu Yam, Selangor Tarikh : 21 hingga 24 Disember 2009 Peserta Al-Amin : 13 orang syabab, 23 orang fatayat Guru pengiring : Ustaz Khairuddin (syabab) Muallimah Hayati (fatayat)
Program ini yang telah lama dirancang sebagai program antarabangsa MUSLEH dan KRS bertemakan ”Satu Rumpun, Satu Matlamat”. Di samping penyertaan oleh sekolah-sekolah rangkaian MGB SIM, program ini turut menampilkan para peserta dari Indonesia dan Thailand.
Sebelum para peserta bertolak ke Selangor, pada 19-20 Disember, mereka telah berada di sekolah untuk berlatih sebagai persediaan untuk PRINT. Di atas inisiatif sendiri, di samping tunjuk ajar para guru pengiring, mereka telah membuat persediaan dengan tekun. Mereka yang dilantik pihak pengurusan PRINT sebagai pembantu urusetia pula telah bertolak ke Selangor sehari sebelum itu. Antaranya Puan Pengetua, Muallimah Ainon Binti Ismail.
Bas bertolak pada kira-kira jam 1.00 pagi dari SMI Al-Amin Kemaman bersama pasukan SRI Al-Amin. Alhamdulillah, mereka telah selamat tiba pada kira-kira 9.00 pagi 21 Disember.
Hari pertama tersebut menyaksikan para peserta tiba dari Sekolah-Sekolah Menengah dari seluruh rangkaian MGB SIM. Para peserta bertungkus-lumus mendirikan pangkalan di tapak yang disediakan. Perkhemahan kali ini diadakan dalam suasana hutan yang damai dan indah dengan anak sungai sebagai tarikan utama. Pada jam 2.30 petang, rehearsal majlis perasmian dijalankan dengan menghimpunkan semua peserta dari sekolah-sekolah yang terlibat. Terdapat peserta dari Al-Amin yang terpilih untuk persembahan Basic Self Defence (BASED).
Pada sebelah malamnya para peserta menghadiri ceramah oleh presiden IQRAM, Dr Hatta, yang telah dijemput khas oleh pihak penganjur. Ceramahnya yang ringkas tetapi padat dan menarik mengulas tentang tema PRINT, ”Satu Rumpun Satu Matlamat” dengan olahan-olahan yang menarik, contoh-contoh yang ilmiah, tetapi mudah difahami.
Pada hari kedua, tidak lama setelah selesai Solat Subuh, kesemua peserta yang berjumlah melebihi 1,000 orang bergegas untuk majlis perasmian PRINT 2009. Selepas sesi rehearsal yang ringkas, majlis dimulakan dengan ketibaan para VVIP. Selepas nyanyian Negaraku, lagu KRS dan lagu tema PRINT, doa dibaca oleh Muhammad Munzir Bin Muzahar dari SMI Al-Amin Kemaman. Kemudian persembahan pancaragam brass band yang dijemput khas dari Angkatan Tentera Malaysia dipersembahkan. Seterusnya, PRINT 2009 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Hj Mohd Puad Bin Zarkashi selepas satu ucapan dari pihak beliau sebagai perasmi dan VVIP. Biarpun beliau tidak mampu bersama hingga ke akhir majlis perasmian, majlis diteruskan dengan persembahan BASED dari para peserta KRS. Seterusnya, selepas majlis selesai, terdapat satu sesi ta’aruf ringkas pihak urusetia perkhemahan.
Pada sebelah petangnya, diadakan pertandingan BASED bagi Syabab dan pertandingan obsrace bagi Fatayat. Kesemua peserta dapat dilihat melakukan yang terbaik kerana telah menghabiskan masa sebelum dan semasa perkhemahan untuk membuat persediaan untuk pertandingan tersebut. Sebelah malamnya pula dimeriahkan dengan pertandingan nasyid. Dengan diasingkan antara peserta lelaki dan perempuan, kesemua sekolah dilibatkan termasuk wakil dari Thailand dan Indonesia. Kemudahan pentas yang disediakan pihak penganjur membolehkan para peserta menyerlahkan potensi mereka sepenuhnya. Menariknya, nasyid yang disampaikan kesemuanya adalah digubah sendiri oleh setiap sekolah bertepatan dengan syarat pertandingan.
Setelah Qiamullail dan Solat Subuh berjemaah, hari ketiga diisi dengan beberapa aktiviti. Pada sebelah paginya, 3 orang wakil Syabab dari setiap sekolah menyertai pertandingan obsrace manakala para peserta Fatayat menyertai pertandingan BASED. Kelihatannya prestasi para peserta agak memberangsangkan.
Di sebelah petangnya pula diadakan sesi ziarah dan pertandingan Kem Kraf. Para pegawai berpangkat tinggi dari KRS MUSLEH datang melawat setiap pangkalan untuk menilai kreativiti dan hospitality pangkalan. Biarpun terpaksa menunggu lama untuk kedatangan para pegawai, para peserta memanfaatkan masa untuk memperindah pangkalan dan pameran setiap sekolah di samping menziarahi pangkalan-pangkalan sekolah lain.
Pada malam tersebut, selaku Malam Kebudayaan PRINT, beberapa orang penasyid terkemuka dalam dunia seni nasyid telah dijemput khas dari nasyid.com. Antaranya adalah Mu’adz, Razlan, Razin dan Dakmie. Di samping itu, beberapa kumpulan nasyid dari sekolah-sekolah MGB SIM yang terpilih turut ditampilkan di samping persembahan nasyid peserta putera Indonesia. Kemeriahan yang luar biasa hiburan Islam ini turut diselangi tazkirah sebagai santapan rohani.
Hari keempat dimulakan dengan Qiamullail Perdana disusuli dengan Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh. Selepas itu, para peserta bersiap-siap meroboh pangkalan dan bersedia untuk ke majlis perasmian penutup.
Setelah nyanyian lagu oleh para peserta dan ucapan penutup oleh Tuan Soleh, Penaung KRS MUSLEH, keputusan pertandingan diumumkan. Rata-ratanya keputusan agak membanggakan:
Syabab: 1. Tempat ketiga Pertandingan Nasyid 2. Johan dan tempat ketiga Pertandingan Obsrace.
Fatayat:
Majlis bersurai dan para peserta menunggu kedatangan bas. Biarpun agak lewat, para peserta bertolak dari tapak perkhemahan dan selamat sampai di SMI Al-Amin Kemaman malam tersebut. |