Home » Berita » Aktiviti Pelajar » Kelas Terbersih

Kelas Terbersih

alt

Kebersihan sebahagian daripada iman

Memetik kata-kata ini,pihak Ahli Majlis Tertinggi Pelajar (AMT) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan pertandingan kelas terbersih setiap bulan untuk menyuntik semangat dan perangsang kepada pelajar-pelajar untuk menjaga kebersihan.Kelas yang mencapai tahap kebersihan yang baik akan diberikan penghargaan berupa banner dan digantung di hadapan kelas.

Hasilnya,ia akan membantu menaikkan semangat pelajar-pelajar dari kelas lain untuk sama-sama menjaga kebersihan kelas dan mereka akan bersaing sesama mereka untuk menjaga kawasan persekitaran dengan lebih baik.Bukan hanya kelas yang dititikberatkan tetapi keseluruhan seperti tandas,kantin dan  terutamanya kebersihan dan kekemasan diri pelajar.

Anugerah yang diberikan hanyalah sebagai penyuntik semangat kepada mereka kerana pelajar-pelajar telah dididik supaya menjaga kebersihan sejak dari kecil lagi kerana kebersihan sebahagian daripada iman dan menjadi lambang peribadi dalam diri setiap muslim.Semoga langkah ini dapat membantu pelajar-pelajar menyerlahkan jati diri yang baik dan sentiasa berasa selesa di dalam persekitaran yang bersih.