Home » Berita » Aktiviti Sekolah » Majlis Ihtifal 2014

Majlis Ihtifal 2014

Majlis tahunan bagi meraikan kecemerlangan pelajar iaitu ihtifal telah berlangsung dengan meriah pada 10 April 2014.Majlis yang bertemakan “Realisasi Thaqafah,Ekspresi Tarbiah” turut diserikan dengan persembahan yang mantap oleh pelajar-pelajar SMIAAK.

alt

Pelajar-pelajar telah diberikan penghargaan di atas kecemerlangan mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2013 yang telah dianugerahkan mengikut kategori iaitu anugerah kecemerlangan akademik,dinniyah,kedatangan terbaik,anugerah PMR,SPM dan SPPIM 2013.Dalam pada itu,anugerah turut diberikan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik sepanjang berada di SMIAAK.Anugerah tersebut adalah untuk tokoh pelajar yang dibahagikan mengikut kategori iaitu Tokoh Pelajar,Tokoh Akademik,Tokoh Hafazan dan Tokoh KRSM.

Semoga pelajar-pelajar yang masih menuntut di Al-Amin dapat meneruskan kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh barisan alumni mereka dan pelajar-pelajar yang telah menamatkan persekolahan dapat meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang lebih tinggi dan mengaplikasikan segala ilmu dan latihan yang telah diperolehi di sekolah ini.Tahniah dari kami warga pendidik SRSMI Al-Amin Kemaman.

alt

alt

alt