Home » Berita » Aktiviti Sekolah » Mukhayyam Dakhili

Mukhayyam Dakhili

alt

Mukhayyam adalah salah satu program dalam unit tarbiah yang diwajibkan kepada semua pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman.Mukhayyam dakhili lebih memfokuskan ke arah aktiviti luar dan pengisian dalam slot-slot tazkirah dan perbentangan berbentuk ilmiah manakala mukhayyam khariji, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti lasak yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Selain aktiviti kawad dan slot pengisian rohani, “street dakwah” adalah salah satu bentuk aktiviti yang diajalankan sewaktu mukhayyam dakhili yang mendedahkan pelajar-pelajar cara untuk mendekati golongan masyarakat islam dan bukan islam di ¬†sekitar kawasan sekolah dan bandar kemaman.Pelajar-pelajar dibekalkan dengan beberapa keping risalah dan buku berkaitan islam untuk diedarkan kepada masyarakat.Meraka turut diajar cara-cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat luar dan yang paling utama bagaimana mendekati golongan bukan islam.

Melalui program ini,pelajar dapat membina keyakinan dan keberanian dalam diri untuk bertemu masyarakat serta mengaplikasikan teori dakwah yang diperolehi oleh mereka di dalam kelas serta usrah dan sekaligus membentuk diri menjadi daie yang hebat.

alt

alt

alt