Home » Berita » Aktiviti Sekolah » Muzakarah Tingkatan 1 dan 2

Muzakarah Tingkatan 1 dan 2

alt

Muzakarah tingkatan 1 dan 2 telah diadakan pada 7 febuari 2014,Jumaat.Muzakarah adalah satu medan atau peluang ibubapa dan pihak sekolah bertemu dan membincangkan mengenai pelajar-pelajar.

Taklimat mengenai kurikulum,kokurikulum dan tarbiah pelajar telah dibentangkan oleh guru-guru penolong kanan dan pegawai tarbiah.Taklimat mengenai Pentaksiran berasakan sekolah (PBS) turut diadakan oleh setiausaha peperiksaan.Maklumat mengenai sekolah juga dapat disampaikan dengan tepat dan betul.

Antara objektif muzakarah ialah 

1) Merapatkan hubungan warga baru Al-Amin dengan pihak sekolah

2)Memberi penerangan yang jelas mengenai perjalanan kurikulum,kokurikulum dan tarbiah pelajar kepada pihak ibubapa

Dengan kehadiran ibubapa yang memberangsangkan ini,diharap dapat membentuk jalinan yang baik antara guru dan ibubapa untuk meningkatkan prestasi pelajar dari segi akdemik dan kokurikulum.

alt