Home » Berita » Aktiviti Sekolah » Palestin,Syria Kalian Sentiasa Di Hati Kami

Palestin,Syria Kalian Sentiasa Di Hati Kami

alt

Dalam tahun 2013,Pusat Pendidikan Al-Amin dikunjungi oleh tetamu dari 2 negara yang sedang bergolak iaitu Palestin dan Syria.Pelajar-pelajar Al-Amin sering didedahkan dengan isu-isu semasa yang melibatkan negara islam seperti Mesir,Palestin dan Syria.Sebagai menaikkan lagi semangat mereka untuk membantu umat islam dl luar yang ditindas,pihak pengurusan telah menjemput tetamu itu berkongsi mengenai pergolakan yang berlaku di negara mereka.

Tetamu berkenaan ialah 2 orang imam yang didatangkan dari Gaza oleh pihak Aqsa Syarif sebagai Imam jemputan di masjid sekitar kemaman pada ramadhan yang lalu.Pihak pengurusan SRISMI Al-Amin telah mengambil kesempatan menjemput mereka ke sekolah ini dan mengadakan perkongsian ilmu bersama pelajar-pelajar.

alt
Dalam pada itu,pelajar Al-Amin turut membuat sumbangan Palestin setiap bulan bagi menyumbang kepada penduduk Palestin dan terbaru untuk negara Syria.Seorang pemuda Syria turut dijemput ke sekolah ini bagi berkongsi mengenai pergolakan yang berlaku di negara Syria.Diharapkan pelajar-pelajar dapat mengambil iktibar dan seterusnya menyumbang kepada negara-negara islam yang lain dalam bentuk wang,tenaga dan doa.Bertepatan dengan sebuah hadis iaitu¬†“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

alt

alt