Home » Berita » Aktiviti Pelajar » Pertandingan “Al-Amin Got Chef”

Pertandingan “Al-Amin Got Chef”

alt

Pertandingan “Al-Amin Got Chef” anjuran Panatia Kemahiran Hidup telah diadakan di bengkel kemahiran hidup Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman.Bertemakan menu minuman petang,menyaksikan 6 kumpulan bertanding.Setiap peserta mempunyai seorang pembantu.Penyertaan adalah dari pelajar tingkatan satu hingga tiga dan diwakili oleh pelajar lelaki dan perempuan.

Program ini bertujuan mengcungkil bakat memasak di kalangan pelajar-pelajar.Pihak penganjur telah menyediakan bahan asas seperti labu,ubi keledek dan pisang sebagai bahan utama dan mereka perlu menyediakan masakan berdasarkan bahan mentah yang diperolehi.Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya menyediakan masakan dengan penuh semangat dan lazat.

alt

alt

alt