Home » Berita » Aktiviti Pelajar » Separa Bulan Dakwah Dan Tarbiyah (Se.Bu.Da.Ya)

Separa Bulan Dakwah Dan Tarbiyah (Se.Bu.Da.Ya)

alt

Separa Bulan Dakwah Dan Tarbiyah kali ke-6 (Se.Bu.Da.Ya VI) telah berlangsung dengan meriahnya pada 20 April hingga 30 April.Program ini adalah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman.Program ini sepenuhnya di anjurkan oleh pelajar dan guru-ruru sebagai penasihat.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan.Program ini bukan sahaja untuk melihat bakat kepimpinan dalam diri Ahli Majlis Tertinggi Pelajar itu sendiri dalam mengajurkan program,malah program-program yang telah dirancang adalah untuk mengcungkil bakat-bakat dalam diri semua pelajar sekolah ini,baik dari segi kepimpinan dan pelbagai bidang lain contohnya pada program ini turut diadakan pertandingan seperti

– Ceramah Palestin (Isu Boikot)
– Demonstrasi
– Pertandingan Syarah Hadith, 
– Pidato Bahasa Arab, Melayu dan Inggeris
– Bercerita bahasa melayu dan Inggeris
– Hafazan & Tilawah Al Quran, Alunan Azan, Tulisan Khat 
– Chess, Carom, Congkak dan Sudoku
– Nasyid
– Debat Bahasa Melayu

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi lebih banyak pengalaman dan kemahiran kepada setiap pelajar dalam mempersiapkan diri menjadi generasi pemimpin yang disegani baik di sekolah mahupun di dunia luar.

alt

alt

alt