Home » Berita » Berita Terkini » SMIAAK Naib Juara CLICK 4.0

SMIAAK Naib Juara CLICK 4.0

alt

Sekalung tahniah di atas kejayaan pasukan dari Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman kerana telah berjaya mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan akhir CLICK PROGRAMME 4.0 sekaligus menerima imbuhan sebanyak RM75,000 berbentuk biasiswa pengajian di Sunway University College.

Lebih dari 20 buah sekolah bersaing untuk pertandingan ini dan hanya 6 buah sekolah layak bertanding di peringkat akhir bagi merebut gelaran juara.Juara untuk pertandingan ini ialah SMK Siburan Sarawak.Sekolah-sekolah lain yang menyertai ialah SMK Padang Polo,SMK Kota Masai 2,SMK Mahang dan SMK Maran.Al-Amin Kemaman merupakan perserta tunggal dari sekolah swasta Islam yang bertanding.

Pada pertandingan ini mereka telah membentangkan projek mereka mengenai cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar sekolah dan masyarakat dan mereka telah mengadakan program bersama anak yatim di sekitar Kemaman.Di samping itu,mereka turut membentangkan laporan mengenai perniagaan yang telah mereka jalankan untuk menjana pendapatan bagi menampung kos sepanjang program yang mereka jalankan.

Semoga kejayaan ini menjadi satu permulaan yang baik untuk mereka terus melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dan menjadi motivasi untuk pelajar-pelajar lain meningkatkan prestasi mereka dari segi akademik dan penguasaan bahasa inggeris.

alt

alt

alt