Home » Berita » Aktiviti Sekolah » Sukan Tahunan SMIAAK 2014

Sukan Tahunan SMIAAK 2014

alt

Temasya sukan Sekolah Menengah Islam Al Amin Kemaman kali ke-7 yang bertemakan “Pelajar cekap, Minda sihat, Al Amin mantap” telah berlangsung dengan meriahnya di Stadium Mini Mak Chili.

Acara yang dipertandingkan pada temasya sukan kali ini ialah acara balapan dan acara padang iaitu lontar peluru dan lempar cakera.Sukan ini turut diserikan dengan persembahan oleh setiap rumah sukan.Pemenang untuk temasya sukan kali ini adalah 

Juara

Khandak (merah)

Naib juara

 Badar (biru)

Tiga

Uhud (kuning)

Empat

Khaibar (hijau)

Semoga semangat kesukanan ini dapat diteruskan sepanjang tahun bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dan sihat rohani dan jasmani.

alt

alt

alt