5 MAC 2019- SMI Al-Amin Kemaman telah mengadakan rehlah yang bertempat di Pantai Chendor. Aktiviti rehlah yang bercirikan pengembaraan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama warga Al-Amin di samping menikmati keindahan alam.
Pada 3 April 2019, latihan kebakaran telah diadakan di SMIAAK. Latihan kebakaran ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada pengalaman langsung menghadapi kebakaran. Selain itu, latihan ini bertujuan untuk melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri semasa kecemasan atau kebakaran berlaku.
Semoga latihan ini akan memberikan manfaat kepada warga Al-Amin.
Majis muafakat ibu bapa pelajar SPM Tingkatan 5 telah diadakan pada hari Khamis 14 Mac 2019 bertempat di surau SMI Al Amin Kemaman.
Objektif program ini ialah:
1)Memaklumkan prestasi SPM dan analisa TOV 2019
2)Membentang perancang Program Transformasi Sinergi 2019
3)Merancang belanjawan Program TSSPM2019
4)Memohon kerjasama dan muafakat antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar Al-Amin yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan SPM. Semoga kecemerlangan ini dapat menjadi titik permulaan kepada kecemerlangan yang lebih besar pada masa akan datang.
KEPUTUSAN SPM 5A ke atas:
10 A: 1 pelajar
9A: 1 pelajar
8A: 1 pelajar
7A: 1 pelajar
6A:1 pelajar
5A: 3 pelajar
Jumlah peratusan keputusan SPM 5A keatas : 18.18%
Program motivasi ini telah dijayakan oleh Dr Adnan Omar pada 15 Feb 2019. Antara yang terlibat ialah pelajar Tingkatan 3,4,5 dan semua tenaga pengajar.
Semoga semua pihak beroleh manfaat dari program tersebut.
Pada 28 Feb 2019, panitia Pendidikan Islam, Pendidikan Al Quran dan As Sunnah, Pendidikan Syariah Ismaiyah dan Unit Tarbiyah SMI Al Amin Kemaman telah menganjurkan program pemantapan sahsiah diri. Antara pengisian program ialah ceramah motivasi \"Pelajar hebat bila ibadahnya hebat\" disampaikan oleh Ustaz Azan bin Azman (Guru Sek Keb Binjai), ceramah pelajar musleh 10 muwasofat tarbiyah disampaikan oleh Puan Dayang Masna, Bacaan al-Kahfi secara berjemaah dan juga Qiamullail.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.