Al Amin
Nama institusi ini diambil dari gelaran yang diberikan kepada Rasulullah S.A.W kerana sifatnya yang amanah.
Bentuk Bulat
Logo berbentuk bulat melambangkan Islam yang syumul. Warna biru pada bulatan luar merupakan warna rasmi sekolah yang melambangkan kecintaan kepada Allah dan Rasul. Warna hijau pada bulatan kecil pula melambangkan kemegahan Islam.
Kaabah
Kaabah adalah sebagai lambang wehdah ummah dalam aspek ketauhidan dan pengibadatan. Warna putih dan kelabu pada kaabah melabangkan tujuan hidup manusia adalah untuk beribadat kepada Allah tanpa mengira waktu siang dan malam.
Tulisan Iqra’
Tulisan Iqra’ yang tertera diatas Al Quran membawa erti ‘Baca’ menekankan kepentingan menuntut ilmu yang membawa kepada keamanan dan kebaikan dunia dan akhirat sebagaimana yang disebut dalam surah Al Alaq.
Al Quran
Al Quran yang terbuka membawa erti generasi yang hendak dibina oleh Al Amn adalah generasi yang menjadkan Al Quran sebagai petunjuk dan pegangan hidup yang abadi. Warna putih pada Al Quran melambangkan fitrah kanak kanak yang dibentuk suci bersih.