:
ASRAMA


Asrama Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman disediakan kepada pelajar-pelajar yang tinggal berjauhan.

Asrama pelajar lelaki (ASPURA) terletak berhadapan Sekolah Menengah Islam Al-Amin.2 unit rumah kediaman yang terletak di kawasan perumahan berhampiran telah dibeli oleh pihak pengurusan sebagai kemudahan kepada penghuni asrama.

Asrama pelajar perempuan (ASPURI) pula terletak di bahagian belakang Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman.

Kedua-dua asrama ini boleh memuatkan 40-45 orang penghuni dalam satu-satu masa.Penghuni perlu membayar yuran sebanyak RM150.00 sebulan.

Waktu untuk pulang ke rumah telah ditetapkan pada  2 minggu sekali dan waktu untuk keluar pelajar ialah pada setiap hari sabtu sekiranya bukan minggu pulang.Bermula jam 2pm-630pm.Namun,sekiranya keluarga perlu membawa pulang atau keluar pelajar kerana kes-kes tertentu atau kecemasan,ia perlu meminta izin daripada warden dan akan dibenarkan mengikut budi bicara warden.