:
BILIK%20PEMBELAJARAN%20


KELAS PELAJAR

Pusat Pendidikan SRISMI mempunyai 2 unit bangunan menempatkan kelas pelajar. Sebuah bangunan menempatkan kelas pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5.

Pelajar sekolah rendah yang berada di tahap 2 iaitu dari tahun 4 hingga 6 berkongsi bangunan bersama sekolah menengah.Sebuah bangunan lagi menempatan pelajar dari tahap 1 sekolah rendah iaitu dari tahun 1 hingga 3.

Bilangan kelas di SRISMI ialah

Sekolah Menengah – 10 Kelas

-Tingkatan 1 (2 Kelas)

-Tingkatan 2 (2 Kelas)

-Tingkatan 3 (2 Kelas)

-Tingkatan 4 (2 Kelas)

-Tingkatan 5 (2 Kelas)

Sekolah Rendah     – 21 Kelas

-Tahun 1 (4 Kelas)

-Tahun 2 (4 Kelas)

-Tahun 3 (4 Kelas)

-Tahun 4 (3 Kelas)

-Tahun 5 (3 Kelas)

-Tahun 6 (3 Kelas)

BILIK ALAT PANDANG DENGAR

Bilik Alat Pandang Dengar (APD) lengkap untuk digunakan sebagai tempat aktiviti pembelajaran selain kelas pelajar.Dilengkapi dengan kemudahan LCD dan sistem bunyi yang boleh digunakan oleh guru-guru yang menggunakan BBM untuk mengendalikan sesi PDP.

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

Bengkel kemahiran hidup ini dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti dapur dan peralatan memasak,alat-alatan untuk kerja pertukangan dan kerja-kerja kayu.

MAKMAL SAINS

Makmal sains ini menyediakan kemudahan-kemudahan lengkap untuk pelajar membuat aktiviti pembelajaran dan eksperimen dengan baik dan selesa.

MAKMAL KOMPUTER

Makmal komputer merupakan kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar melakukan sesi pembelajaran mereka di dalam kelas.Al-Amin menawarkan matapelajaran ICT (Information Communication Technology) sebagai subjek tambahan atau sampingan kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga 5. Bagi pelajar sekolah rendah,matapelajaran yang ditawarkan ialah Teknologi Komunikasi Maklumat (TMK)

Makmal ini di bawah jagaan Pegawai ICT SRISMI Al-Amin iaitu Cik Zatul Effah Bt Nasiran.

PERPUSTAKAAN

Perpustakaan ini menyediakan buku-buku,majalah dan jurnal sebagai bahan rujukan untuk pelajar-pelajar.Selain daripada peruntukan dari pihak sekolah,buku-buku yang terdapat di perpustakaan ini ada diantaranya adalah dari sumbangan orang ramai.

Perpustakaan ini juga dijadikan sebagai tempat pembelajaran.

BILIK MESYUARAT

Bilik mesyuarat yang digunakan untuk mesyuarat dan urusan-urusan rasmi ini boleh memuatkan 30-40 orang dalam satu-satu masa.